Jumaat, 29 April 2011

Program Cuti Sekolah: Klinik Solat AL-DiHAT


Merancang Cuti Anak—anak

Cuti sekolah hampir tiba, sudahkan anda merancang program cuti anak anda? Kajian menunjukkan bahawa cuti sekolah yang panjang merupakan salah satu penyumbang kepada gejala sosial di negara kita.

Cuti yang panjang dan tiada perancangan akan menyebabkan anak—anak anda membazirkan waktu dengan menonton tv, bermain video dan melepak dan melakukan pelbagai aktiviti tidak berfaedah.


Klinik Solat AL-DiHAT


Unit Pemantapan Sahsiah Pusat Tuisyen Akademik Maju akan mengadakan satu Klinik Solat AL-DiHAT untuk pelajar berumur antara 7 - 12 tahun pada cuti sekolah pertengahan tahun ini. Program akan diadakan selama 3 hari bermula pada hari Selasa (22 November 2011) sehingga hari Khamis (24 November 2011). Bermula pada jam 8:30 Pagi hingga jam 5:00 petang. 

Antara kebaikan menyertai program ini :

  • Memanfaatkan waktu cuti sekolah anak-anak dengan perkara asas yang paling penting dalam agama iaitu solat. 
  • Memperkenalkan solat dengan lebih terperinci kepada anak-anak lengkap dengan bacaan dalam solat, pergerakan dalam solat dan disusuli dengan praktikal.
  • Para peserta akan dipantau rapi oleh Ustaz / Ustazah yang mahir dalam perkara solat. 
  • 1 ustaz bersama 10 peserta!
  • Program ini akan menggunakan konsep pemantauan AL-DiHAT yang dapat mengukur kekuatan & kelemahan peserta serta menilai sejauh mana pemahaman peserta tentang Solat.
Maklumat Program
  1. Tarikh : 22, 23 & 24 November 2011 ( 3 Hari )
  2. Tempat: Pusat Tuisyen Akademik Maju (PTAM), 2-3A, Jalan Medan Batu Caves 1, Medan Batu Caves, 68100, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan (Atas Bangunan KWSP Batu Caves)
  3. Masa : 8:30 pagi - 5:00 petang
  4. Pendaftaran:
    Bayaran Pendaftaran : RM 20.00
    Bayaran Yuran : RM 99.00
    12 Tahun ke bawah Sahaja
    Hubungi:
    03-6186 9901 / 013-351 0860

    Makan 3 kali sehari akan disediakan. 


    TEMPAT ADALAH TERHAD!


Mudah—mudahan dengan adanya program ini, kita akan dapat merapikan anak—anak kita dengan solat yang tepat, juga menjadikan mereka lebih tenang & mudah mendengar kata setelah mengamalkan solat dengan cara yang betul. Semoga solat menjadi pendiding untuk anak kita dari melakukan keburukan. InsyaAllah. 

0 comments:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites